MY FOLLOWERS

Thursday, November 24, 2011

HUTAN LIPUR KANCHING SELAYANG BARU SELANGOR



Air terjun Kanching terletak di Hutan Lipur Kanching, Selayang Baru, Selangor, kira-kira 3km dari Taman Rimba Templer. Jaraknya dari Kuala Lumpur kira-kira 23km dan dari bandar Rawang kira-kira 7km.

Ada 7 tingkat air terjun kesemuanya (tetapi saya tidak sempat merakam semuanya), dan pada setiap tingkat ada kolamnya yang tersendiri yang boleh mandi-manda. Untuk sampai ke sini setelah parking kenderaan di bahagian pintu masuk, mesti berjalan kaki mengikut laluan yang telah disediakan.











Antara kemudahan awam asas yang disediakan ialah surau, tempat parking kenderaan, gerai jualan, tandas, tempat rehat, rumah tumpangan dan beberapa lagi. Dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati apabila berada di kawasan air terjun, semoga selamat semuanya.

Anda juga akan dapat temui geng baru di sini, contohnya seperti gambar di bawah. Ramai sungguh rakyat mereka di sini  :)

Beruk sedang makan buah mempelam

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

FOR MY BELOVED VISITOR AND FOLLOWER PLEASE SIGN IN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts