MY FOLLOWERS

Thursday, January 27, 2011

LAGI BAYI DI BUANG

Kalau manusia tak ada hati jawabnya mati..tapi kalau hati tak ada perasaan beginilah jadinya..terkini kes buang bayi di laporkan terjadi di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Bayi yang tidak berdosa di tinggalkan di atas bonet kereta dalam kawasan tempat kereta awam Hospital tersebut dan temui oleh seorang anggota tentera dalam pukul 8:15 mlm kelmarin.Yang paling menyedihkan sikap sampai hati manusia ini meletak bayi tersebut walaupun tahu kawasan itu ada anjing berkeliaran..di tinggalkan mungkin dengan hati yang lega tanpa sedikit pun perasaan risau akan keselamatan bayi yang di buang.
Alhamdulillah bayi tersebut berjaya di selamatkan dan berada dalam jagaan Hospital tersebut.Setengah orang nak buang seekor kucing pun boleh menangis, ini kan pula nak buang anak manusia yang punya cukup segala sifat..layakkah 'orang' ini bergelar manusia yang punya pegangan agama dan punya hati nurani..?sedih bengang geram semua dapat saya rasa bila baca tentang kes ni..sedih sebab kebanyakan perbuatan ini perlakunya orang melayu! bengang sebab kebanyakan kes ini tak dapat di tutup dan kesudahannya anak-anak malang ini akan memenuhi rumah-rumah kebajikan yang ada dan geram sebab kita sebagai pembaca yang tahu semua ni cuma boleh tahu dan lahir rasa kesal tanpa boleh berbuat apa-apa...

Wanie
27 januari 2011

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

FOR MY BELOVED VISITOR AND FOLLOWER PLEASE SIGN IN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts