MY FOLLOWERS

Sunday, February 20, 2011

APA ITU UNIT TRUST PUBLIC MUTUAL

Apa itu unit trust?Untuk pengetahuan, Unit Trust (UT) adalah satu bentuk pelaburan yang dikumpul, yang membenarkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka untuk dilaburkan ke dalam sesebuah portfolio securiti yang diuruskan oleh Pengurus Dana Profesional.

Ini bermakna pemegang unit tidak membeli saham terus kepada portfolio/ kaunter saham. Pemilikan saham akan dibahagikan kepada unit. Jika nilai saham naik atau turun, nilai setiap unit juga akan naik atau turun. sbb tu dinamakan unit amanah. Amanah pula sbb pelaburan tu akan diamanahkan untuk di uruskan oleh mereka yang profesional.

Setiap pelabur akan menerima sijil penamaan yang dikenali sebagai Sijil Unit Amanah. Bilangan unit yang dipegang bergantung kepada harga belian unit pada masa pelaburan dibuat dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur.

Kelebihan
1) Pulangan antara 10-12% setahun
2) Modal yang tidak hilang
3) Insuran takaful percuma
4) Pelaburan yang berlandaskan islamik
5) Selamat – sebab ada pemegang amanah (Amanah Raya berhad)
6) Syarikat pelaburan swasta no. 1 dan terbesar di Malaysia
7) Pengurus dana yang berpengalaman lebih 30 tahun
8 ) Tak ada modal ? Boleh melabur serendah RM1000(permulaan ) , dan bulanan serendah RM100 (tak semestinya tiap2 bulan, ikut
suka , boleh buat pengeluaran dari duit EPF ( dividen EPF tahun lepas 5.8% ~ cukup sikit , Public Ittikal memberi pulangan
15.5% pada tahun 2004 dan Public Islamic Equity 18% cukup2 tinggi )
9 ) Nak beli rumah?tengah kumpul duit?lebih baik simpan duit yang ada di Public Mutual dari bank.(Fixed Deposit bg setiap tahun 3%)

Produk Pelaburan Islam Public Mutual
Anda boleh memilih mana-mana fund yg sesuai berdasarkan pulangan dan risiko yang anda mahu.

- Public Ittikal Fund (P Ittikal)
- Public Islamic Equity Fund (PIEF)
- Public Opportunities Fund (PIOF)
- Public Islamic Dividend Fund (PIDF)
- Public Islamic Bond Fund (PIBF)


Ciri-ciri Dana Berlandaskan
Wang pelabur dilaburkan dalam sekuriti saham dan instrumen pelaburan yang tidak bertentangan dengan syariah. Sebagai contoh, ia tidak dilaburkan dalam saham yang terlibat dengan arak, judi, perbankan konvensional serta insuran.

Penasihat Syariah
Penasihat Syariah bagi dana dana islam yang diuruskan oleh public mutual ialah Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM).Jangan risau pelaburan anda dijamin halal

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

FOR MY BELOVED VISITOR AND FOLLOWER PLEASE SIGN IN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts