MY FOLLOWERS

Sunday, February 20, 2011

BERMADU DENGAN PONDAN!

sekadar gambar hiasan

Kejadian benar mengisahkan seorang isteri yang telah di tipu suami yang selama ini menyangka dia di madukan.Umi (nama samaran) telah berkahwin dengan suaminya atas dasar suka sama suka .Di usia perkahwinan mencecah 5 tahun dan dikurniakan 2 orang cahaya mata sikap suami mula dingin. Hasilnya satu kejutan diberi dengan diberitahu suaminya telah pun berkahwin lain di Sempadan Thailand. Walaupun kecewa dengan sikap si suami Umi terpaksa menerima hakikat yang dia telah di madukan. Tambahan suaminya menyatakan sebab dia berkahwin kerana perempuan itu anak yatim piatu dan hidup susah. Atas dasar belas kasihan Umi juga pernah beberapa kali memberi wang pada suaminya bagi membantu isteri kedua termasuk wang berjumlah RM15,000.00 untuk menyelesaikan hutangnya yang tertunggak.itu pun semua melalui keterangan suami bukannya mereka bertemu untuk berbincang.

Sejak itu suaminya mula berperangai aneh termasuk meminta melakukan hubungan sex luar tabii. Setiap kali Umi menyatakan hasratnya ingin bertemu dengan isteri kedua suaminya akan cuba memberi pelbagai alasan akhir nya Umi memendamkan sahaja hasratnya itu. Suatu hari Umi mendapat panggilan dari sebuah balai polis memaklumkan suaminya di tangkap khalwat. Alangkah terkejut Umi kerana menyangka suaminya berada di rumah isteri kedua. Umi sekali lagi di beri tamparan kerana polis menyatakan suaminya ditangkap khalwat bersama seorang pondan!!. Setelah sampai di balai polis berkenaan si suami mengaku yang dia selama ini telah menipu Umi hidup-hidup..dia tidak pernah di madukan tetapi suaminya menjalinkan hubungan dengan seorang pondan yang di kenali sebagai Mona .Suaminya juga mengaku dia tidak mendapat belaian yang di inginkan dari Umi.

Akhirnya Umi menfailkan tuntutan cerai setelah suami tidak pulang kerumah sebaik sahaja mengikat jamin keluar dari penjara.

Wanie- Sakitnya hati bila tahu dirinya dimadukan....tapi lagi sakit hati bila tahu suaminya menipu untuk seorang PONDAN!!

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts