MY FOLLOWERS

Saturday, March 19, 2011

KHASIAT POKOK MULBERRY


Mullberry atau senang disebut malberi dalam bahasa melayu, adalah sejenis tumbuhan kategori herba. Buahnya manis, sedap dimakan. Khasiatnya banyak pada daunnya. Diolah menjadi teh hijau dan boleh mengubati sakit-sakit badan dan telah terbukti mempunyai beberapa khasiat dan kelebihan.

Kelebihan dan khasiat air rebusan daun mullberry:

1. Mengurangkan kesan penyakit kencing manis
2. Mengurangkan kolesterol dalam darah
3. Mengurangkan tekanan darah tinggi
4. Membantu mengurangkan berat badan
5. Mengurangkan kesan penyakit asma
6. Memberi kesegaran dan awet muda
7. Mencegah kerapuhan tulang (mengandungi kalsium yang tinggi)
8. Meredakan batuk
9. Meredakan rasa cemas dan kegelisahan
10. Mengandungi Vitamin B1, B2 dan C
11. Memiliki semua 18 asid amino yang diperlukan badan
12. Membantu melawan penyakit kanser

InsyaAllah , akan mujarab kepada yang serasi. Juga boleh digunakan sebagai ubat titis mata bagi membuang selaput dalam mata. Dewasa ini daun mullberry telah diolah sebagai teh dan digelar 'Teh Hijau' dan begitu popular di negara China, Jepun dan Korea. Mungkin ramai yang tidak tahu daun ini juga digunakan sebagai makanan kepada ulat sutera, dan boleh diberi kepada ternakan sebagai supplement menggalakkan pembesaran dan mengelak penyakit.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

FOR MY BELOVED VISITOR AND FOLLOWER PLEASE SIGN IN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts