MY FOLLOWERS

Thursday, March 24, 2011

NASI TOMATO

Nasi tomato ni yang star cruise staff pernah rasa dulu..hehe..
Bahan-bahan

Beras 3 cawan
Sos Tomato
kiub ayam
Bunga lawang
Buah Pelaga
Bawang putih
Bawang merah
kunyit serbuk
Halia
Kismis Hitam dan Putih

Cara-cara

Basuh beras tos kan.
halia bawang putih dan bawang merah blend halus...
tumis bahan tadi dgn bunga lawang dan buah pelaga hingga naik wangi campur kan sedikit marjerin kedalam minyak, masukkan sedikit kismis hitam dan putih.
masukkan air setengah periuk kemudian masukkan setengah botol sos tomato.
kacau hingga sebati letak sedikit kunyit garam dan dan kiub ayam.
Masukkan beras dan pastikan kadar air secukupnya.
kacau dgn api perlahan dan pastikan sentiasa di jaga, sbb ianya mudah hangus.

Tabur bawang goreng ke atas nasi semasa hidangan. sedap di makan dgn ayam masak merah dan acar mentah.
tunggu resepi ayam masak merah di post akan datang ye...
komen anda di alu-alukan..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts