MY FOLLOWERS

Saturday, December 10, 2011

KEMALANGAN YANG TERMAHAL

 
 
Ia mungkin salah satu daripada kemalangan jalan raya paling mahal pernah berlaku di dunia apabila 8 buah kereta sport Ferrari, sebuah Lamborghini dan 3 buah kereta Mercedes berlanggar di sebuah lebuh raya di Shimonoseki, tenggara Jepun. Kos perlanggaran itu melibatkan 300 juta yen (RM12.07 juta).


Polis menyatakan perlanggaran itu disebabkan salah seorang pemandu sebuah Ferrari itu cuba untuk mengubah laluan sebelum kereta tersebut merempuh penghadang jalan. Kereta Ferrari itu kemudian berpusing di lebuh raya tersebut. Beberapa buah kereta lain berlanggar kerana cuba mengelak Ferrari tersebut.

Tiada seorang yang cedera serius dalam nahas itu tetapi polis di wilayah Yamaguchi menyatakan 10 orang dirawat kerana mengalami luka. 14 buah kereta terlibat dalam nahas itu.

Harga kereta baharu Ferrari ialah lebih 20 juta yen (RM804,794) manakala Lamborghini berharga sehingga 30 juta yen (RM1.20 juta). Bayangkan!








  billy

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts