MY FOLLOWERS

Monday, April 11, 2011

TELUR TIRUAN DI JUAL DI MALAYSIA??

Dua hari lepas heboh pasal isu telur tiruan yang dijual di Pasar Pulau Tikus, Penang. Isu ini timbul berikutan aduan seorang membeli kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telah membeli telur tiruan di pasar tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyerbu dan merampas telur tiruan yang dijual.
Dipercayai telur tiruan dijual dengan harga yang lebih murah iaitu RM11 untuk 30 biji telur. Sekali pandang telur tiruan ini saling tidak tumpah seperti telur asli tetapi terdapat sedikit perbezaan jika diperhatikan betul-betul. Telur tiruan tersebut diperbuat daripada bahan kimia tertentu dan ini dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan pengguna yang telah terbeli telur tersebut.
Berikut adalah gambar bagaimana proses menghasilkan telur tiruan dijalankan di China. Ini hanya sebagai panduan untuk anda yang ingin tahu tentang proses telur tiruan dihasilkan.

Sekali pandang, telur tiruan sama seperti telur asli tetapi putih telur agak cair dan sedikit berkilat berbanding yang asli

Telur tiruan yang direbus mudah pecah dan kurang anjal berbanding telur asli yang memang anjal isinya dan tidak mudah pecah

Antara bahan kimia yang di gunakan untuk menghasilkan telur tiruan ialah karbonat,resin,alum dan pelbagai lagi

Telur kuning dibuat menggunakan kalsium klorida dan diletakkan dalam satu acuan khas

Kuning telur dituang dan di biarkan kering sedikit sebelum melalui proses seterusnya

Ia kemudian direndam dalam cecair parafin wax untuk membentuk selaput luar telur kuning

Proses membuat kulit telur tiruan juga menggunakan bahan kimia tertentu

Telur tiruan lebih mudah pecah berbanding telur asli

Telur tiruan kelihatan agak cerah dan licin berbanding telur ayam yang asli

Jika digoreng, telur tiruan saling tak tumpah seperti telur asli
Jadi, diharap anda mendapat sedikit gambar bagaimana proses menghasilkan telur tiruan dan dengan adanya artikel ini diharap juga dapat membantu anda mengenalpasti perbezaan antara telur tiruan dan telur yang asli.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

FOR MY BELOVED VISITOR AND FOLLOWER PLEASE SIGN IN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts