MY FOLLOWERS

Showing posts with label BERITA MENARIK. Show all posts
Showing posts with label BERITA MENARIK. Show all posts

Saturday, July 7, 2012

ELLA DAH SELAMAT BERNIKAH


KLANG – Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang syarikat Firefly, Azhar Ghazali, 30-an dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang di sini kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.
Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Ella dan Azhar kelihatan sedondon dengan persalinan berwarna krim rekaan Saiful Baharim.
Manakala majlis resepsi mereka akan diadakan pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Ella dan Azhar berkenalan sejak sembilan tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius sejak tiga tahun kebelakangan ini

FOTO: Ella Sah Bergelar Isteri Kepada Azhar

Friday, July 6, 2012

LINTAH HIDUP DALAM KERONGKONG BUDAK



Tao Jiayuan , seorang budak lelaki berusia 16 tahun dari bandar Yibin di barat daya China, telah mengalami saat paling menakutkan apabila seekor lintah sawah sepanjang 10 cm telah menghisap darah dan hidup di dalam kerongkong nya.Pengalaman pahit Tao itu bermula dua bulan lalu apabila beliau mula berasa sakit dan suaranya menjadi serak.

Keadaan semakin serius apabila dia mula mengalami kesukaran untuk bernafas dan keluarganya mula membawanya ke hospital.Melalui imej yang di rakam menggunakan kamera mikroskop,doktor telah menemui seekor lintah yang sedang kekenyangan menghisap darah.Setelah menjalani pembedahan selama 3 jam,lintah sepanjang 10 cm telah berjaya di keluarkan dalam keadaan masih hidup walaupun telah di rendam dengan larutan Anestetik.


Saturday, December 10, 2011

KEMALANGAN YANG TERMAHAL

 
 
Ia mungkin salah satu daripada kemalangan jalan raya paling mahal pernah berlaku di dunia apabila 8 buah kereta sport Ferrari, sebuah Lamborghini dan 3 buah kereta Mercedes berlanggar di sebuah lebuh raya di Shimonoseki, tenggara Jepun. Kos perlanggaran itu melibatkan 300 juta yen (RM12.07 juta).


Polis menyatakan perlanggaran itu disebabkan salah seorang pemandu sebuah Ferrari itu cuba untuk mengubah laluan sebelum kereta tersebut merempuh penghadang jalan. Kereta Ferrari itu kemudian berpusing di lebuh raya tersebut. Beberapa buah kereta lain berlanggar kerana cuba mengelak Ferrari tersebut.

Tiada seorang yang cedera serius dalam nahas itu tetapi polis di wilayah Yamaguchi menyatakan 10 orang dirawat kerana mengalami luka. 14 buah kereta terlibat dalam nahas itu.

Harga kereta baharu Ferrari ialah lebih 20 juta yen (RM804,794) manakala Lamborghini berharga sehingga 30 juta yen (RM1.20 juta). Bayangkan!








  billy

Sunday, November 6, 2011

AKIBAT SUNTIKAN LEMAK SAPI PANAS KE WAJAH


Janet Hardt, 63, mungkin tak pernah membayangkan bahawa niatnya cantik berakhir dengan tragedi kematian. Wanita asal Illinois, Amerika Syarikat, itu mengalami jangkitan bakteria selepas menyuntik ekstrak lemak lembu panas ke wajahnya. Seperti dikutip dari ABC News, Hardt mengalami jangkitan dan parut di sekitar mulut dan bibirnya.
Meskipun mengeluh wajahnya terbakar sesaat sebelum meninggal, kematian Hardt diduga kerana keradangan di dinding bahagian dalam perutnya. “Ada banyak orang di luar sana melakukan suntikan buatan sendiri untuk melawan kedutan, tapi saya tidak pernah mendengar ada persatuan kesihatan yang mengesyorkan ini (suntikan lemak lembu panas), “kata Dr Phillip Haeck, Presiden American Society of Plastic Surgeons.Hardt telah berkali-kali menyuntik ekstrak lemak daging lembu ke wajahnya tanpa kawalan perubatan. Dia biasa mengekstrak sendiri ramuan itu sebelum menyuntikannya ke wajah. “Suntikan itu boleh menyebabkan hakisan kulit,” kata Haeck.“Suntikan protein haiwan tidak menyebabkan kegagalan sistem fatal, tapi cenderung menyebabkan reaksi tempatan.Banyak orang yang mempunyai reaksi alahan terhadap protein haiwan akan mengatakan bahawa wajah mereka terbakar. Mungkin itulah yang dialami Hardt.

Tuesday, April 12, 2011

Six year old finds porn in his new PSP


ADOIII...BAHAYANYE PERMAINAN ZAMAN SEKARANG NEH...PADA IBU BAPA HATI-HATILAH KETIKA MEMBELI PSP UNTUK ANAK2 ANDA...CHECK DULU BETUL2 YE...

Monday, April 11, 2011

TELUR TIRUAN DI JUAL DI MALAYSIA??

Dua hari lepas heboh pasal isu telur tiruan yang dijual di Pasar Pulau Tikus, Penang. Isu ini timbul berikutan aduan seorang membeli kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telah membeli telur tiruan di pasar tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyerbu dan merampas telur tiruan yang dijual.
Dipercayai telur tiruan dijual dengan harga yang lebih murah iaitu RM11 untuk 30 biji telur. Sekali pandang telur tiruan ini saling tidak tumpah seperti telur asli tetapi terdapat sedikit perbezaan jika diperhatikan betul-betul. Telur tiruan tersebut diperbuat daripada bahan kimia tertentu dan ini dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan pengguna yang telah terbeli telur tersebut.
Berikut adalah gambar bagaimana proses menghasilkan telur tiruan dijalankan di China. Ini hanya sebagai panduan untuk anda yang ingin tahu tentang proses telur tiruan dihasilkan.

Sekali pandang, telur tiruan sama seperti telur asli tetapi putih telur agak cair dan sedikit berkilat berbanding yang asli

Telur tiruan yang direbus mudah pecah dan kurang anjal berbanding telur asli yang memang anjal isinya dan tidak mudah pecah

Antara bahan kimia yang di gunakan untuk menghasilkan telur tiruan ialah karbonat,resin,alum dan pelbagai lagi

Telur kuning dibuat menggunakan kalsium klorida dan diletakkan dalam satu acuan khas

Kuning telur dituang dan di biarkan kering sedikit sebelum melalui proses seterusnya

Ia kemudian direndam dalam cecair parafin wax untuk membentuk selaput luar telur kuning

Proses membuat kulit telur tiruan juga menggunakan bahan kimia tertentu

Telur tiruan lebih mudah pecah berbanding telur asli

Telur tiruan kelihatan agak cerah dan licin berbanding telur ayam yang asli

Jika digoreng, telur tiruan saling tak tumpah seperti telur asli
Jadi, diharap anda mendapat sedikit gambar bagaimana proses menghasilkan telur tiruan dan dengan adanya artikel ini diharap juga dapat membantu anda mengenalpasti perbezaan antara telur tiruan dan telur yang asli.

Monday, March 28, 2011

THOUSANDS OF FISHES TURNED UP AT MAXICO BEACH AFTER JAPANS TSUNAMI

A large number of shoals turned up near the beach at Mexican resort of Acapulco, including sardines, anchovies, perches and mackerels, and so on. Local fishermen thought that this spectacle might be caused by the giant tsunami triggered by 8.9 magnitude earthquake in Japan. The U.S. Geological Survey geologist opines that the tsunami is able to change water flow, but it is difficult to assign any tie-up between those two events.

Monday, March 21, 2011

IRMA HASMIE KINI BERTUDUNG

Cantiknye Irma hasmie yang baru 3 minggu bertudung ni..dia mengambil keputusan untuk bertudung sebaik saja pulang dari umrah. apa pun saya harapkan penampilan terbarunya ini berkekalan...dan moga-moga rezekinya makin bertambah, lagi pun watak filem melayu kita sekarang pun banyak mengetengahkan peranan wanita bertudung.
irma hasmie
WAJAH ANGGUN TERKINI IRMA BERTUDUNG

Tuesday, February 22, 2011

KEMALANGAN NGERI DI PELABUHAN KLANG


Pelabuhan Klang 23 Feb 2011- Sepasang India yang bakal mendirikan rumah tangga minggu depan maut di gilis lori kontena di hadapan Pasar Pelabuhan Klang kelmarin. Punca kejadian adalah di sebabkan motor yang mereka naiki telah bergesel dengan sebuah kereta lalu terbalik dan di gilis lori kontena yang berada di belakang mereka.Menurut sumber, mereka di katakan bertengkar di atas motor ketika dalam perjalanan di tempat kejadian. Gadis malang  yang dikatakan membonceng motosikal yang di bawa tunangnya itu terus di gilis tayar lori dan menyebabkan muka mangsa hancur dan melekat pada jalan.Pihak polis terpaksa menggunakan skop tanah untuk membalikkan muka mangsa untuk di angkat ke atas ambulan. Manakala lelaki yang menunggang motorsikal tersebut cedera parah dan mati di tempat kejadian.Keluarga mangsa yang baru sampai tidak sanggup melihat keadaan mayat yang cukup ngeri, mereka hanya mampu menangis melihat nasib kedua pasangan itu.

Wanie- Menunggang motosikal cara merbahaya ibarat menempah maut di jalan...

Sunday, February 20, 2011

PELABUHAN KLANG-Pekerja jatuh dari kontena dan hilang di dalam laut

Gambar Hiasan

20 Febuari 2011

Seorang pekerja bernama Ibrahim bersama rakannya telah jatuh kedalam laut bersama sebuah kontena ketika melakukan operasi pembersihan di Pelabuhan Barat semalam 19 Febuari 2011. Ketika kejadian mangsa di katakan berada di dalam kontena tersebut dan tenggelam bersama ke dasar laut. Rakannya sempat menyelamatkan diri dan hanya mengalami cedera ringan. Usaha mencari yang dilakukan oleh Pasukan Polis dan Pasukan Marin masih gagal menemui mangsa walaupun hari ini kontena tersebut berjaya di temui tetapi didapati mangsa tidak berada di dalam. Sehingga petang ini usaha mencari mangsa masih lagi di teruskan.

Wanie- Doa dan harapan semoga mangsa di temui walaupun hanya sebagai mayat....

Wednesday, February 9, 2011

DIPUKUL, DIROGOL DAN DICAMPAK DI TEPI JALAN



SEREMBAN – Polis sedang mencari ahli keluarga seorang wanita yang ditemui dalam keadaan menyedihkan apabila dia bukan sahaja dirogol, malah turut dipukul sebelum dicampak di tepi jalan berhampiran lampu isyarat di Port Dickson dekat sini baru-baru ini.

Lebih memburukkan keadaan, wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu koma selepas mengalami kecederaan parah di belakang kepala. Dia kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, wanita berketurunan Cina itu ditemui oleh orang awam pada pukul 6.35 pagi Jumaat lalu sebelum menghubungi ambulans.

Katanya, ketika ditemui, wanita yang pengsan itu memakai kemeja berwarna merah dan seluar jean paras lutut.

“Pemeriksaan mendapati tengkorak pada belakang kepala mangsa retak dipercayai dipukul dengan objek tumpul dan keras. Selain itu, mangsa dipercayai telah dirogol,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.- kosmo

KETUA UMNO PUCHONG DAN STAFF U.MELAYA KENA TANGKAP KHALWAT

HASIL COPY PASTE DARI BLOG LAIN (sekadar renungan)


Assalamualaikum wr wb,

Nor Aishah Binti Samah,

Saya ingin memaklumkan bahawa seorang Pembantu Am Rendah di organisasi pihak Puan telah melakukan perbuatan sumbang dan memalukan masyarakat. Nama beliau ialah Rosli Bin Alias dari Centre For Foundation Studies In Science.

Pada pukul 2.am malam tadi 2 Februari 2011, pasangan Rosli Alias yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana, telah ditangkap oleh masyarakat disini. Ketika ditangkap bersama pasanganya yang juga merupakan isteri saya, beliau sedang bersetubuh dalam keadaan posisi dari belakang. Beliau, Rosli juga mengugut untuk membunuh saya disaksi oleh anak perempuan saya yang berumur 18 tahun.

Bagaimana pun beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan".

Beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa"

Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Melaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang.

Saya sempat mengambil gambar dan akan menunjukkan kepada Puan jika diperlukan. Kes ini juga menyebabkan image UMNO tercalar di mata masyarakat. Saya juga ahli UMNO sebelum ini.

Saya boleh membawa anak perempuan saya dan masyarakat sebagai saksi. Jika inginkan maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya Alangzizsham 019 3501242.

Berita kehilangan isteri saya sebelum ini terjawab. Kehilangannya rupanya dipangkuan Rosli

Yang Benar

Alangazizsham - alangazizsham@yahoo.com

ELAUN GURU KAFA DI NAIKKAN LAGI

Kerajaan Negeri Naikkan Elaun Guru KAFA RM300

Guru kelas agama fardu ain atau KAFA di negeri Selangor mendapat perkhabaran gembira apabila kerajaan negeri memutuskan untuk meningkatkan elaun tambahan guru sebanyak RM300.

Dengan tambahan elaun RM300 ini menjadikan elaun bulanan guru-guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor sebanyak RM1,300 sebulan. Kenaikan elaun ini berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.


Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru KAFA yang mengajar di 208 buah SRA dan 11 buah SRAI seluruh Selangor.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara ini pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MMKN berkata, kenaikan elaun bulanan ini akan melibatkan peruntukan tambahan Kerajaan Negeri lebih RM14 juta setahun.

Pada masa ini, guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari Kerajaan Negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.

"Kerajaan Negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru KAFA di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian," katabya

Thursday, January 27, 2011

LAGI BAYI DI BUANG

Kalau manusia tak ada hati jawabnya mati..tapi kalau hati tak ada perasaan beginilah jadinya..terkini kes buang bayi di laporkan terjadi di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Bayi yang tidak berdosa di tinggalkan di atas bonet kereta dalam kawasan tempat kereta awam Hospital tersebut dan temui oleh seorang anggota tentera dalam pukul 8:15 mlm kelmarin.Yang paling menyedihkan sikap sampai hati manusia ini meletak bayi tersebut walaupun tahu kawasan itu ada anjing berkeliaran..di tinggalkan mungkin dengan hati yang lega tanpa sedikit pun perasaan risau akan keselamatan bayi yang di buang.
Alhamdulillah bayi tersebut berjaya di selamatkan dan berada dalam jagaan Hospital tersebut.Setengah orang nak buang seekor kucing pun boleh menangis, ini kan pula nak buang anak manusia yang punya cukup segala sifat..layakkah 'orang' ini bergelar manusia yang punya pegangan agama dan punya hati nurani..?sedih bengang geram semua dapat saya rasa bila baca tentang kes ni..sedih sebab kebanyakan perbuatan ini perlakunya orang melayu! bengang sebab kebanyakan kes ini tak dapat di tutup dan kesudahannya anak-anak malang ini akan memenuhi rumah-rumah kebajikan yang ada dan geram sebab kita sebagai pembaca yang tahu semua ni cuma boleh tahu dan lahir rasa kesal tanpa boleh berbuat apa-apa...

Wanie
27 januari 2011

Popular Posts

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts