MY FOLLOWERS

Showing posts with label WANIE RESEPI. Show all posts
Showing posts with label WANIE RESEPI. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

NASI TOMATO

Nasi tomato ni yang star cruise staff pernah rasa dulu..hehe..
Bahan-bahan

Beras 3 cawan
Sos Tomato
kiub ayam
Bunga lawang
Buah Pelaga
Bawang putih
Bawang merah
kunyit serbuk
Halia
Kismis Hitam dan Putih

Cara-cara

Basuh beras tos kan.
halia bawang putih dan bawang merah blend halus...
tumis bahan tadi dgn bunga lawang dan buah pelaga hingga naik wangi campur kan sedikit marjerin kedalam minyak, masukkan sedikit kismis hitam dan putih.
masukkan air setengah periuk kemudian masukkan setengah botol sos tomato.
kacau hingga sebati letak sedikit kunyit garam dan dan kiub ayam.
Masukkan beras dan pastikan kadar air secukupnya.
kacau dgn api perlahan dan pastikan sentiasa di jaga, sbb ianya mudah hangus.

Tabur bawang goreng ke atas nasi semasa hidangan. sedap di makan dgn ayam masak merah dan acar mentah.
tunggu resepi ayam masak merah di post akan datang ye...
komen anda di alu-alukan..

NASI GORENG ISI IKAN

Ni resepi turun temurun dari keluarga saya..

Bahan-bahan

Nasi 3 cawan
Ikan goreng seperti ikan kembung goreng dan sebagainye..
Cili padi 20 tangkai
Bawang putih
Bawang merah
Belacan
Sayur Kangkung
Telur

Cara-cara

Ikan goreng di ambil isi dan tumbuk hingga hancur
asing kan.cilipadi bawang putih dan bawang merah di tumbuk bersama
sedikit belacan.Tumis bahan tadi hingga garing.masukkan garam dan penambah perisa
masukkan ikan tadi goreng dgn api perlahan..sbb isi ikan ni cepat hangus..
lepas agak sebati dgn bahan masukkan nasi dan goreng.buat bulatan di tgh kuali masukkan telur 2 biji
biar telur masak dan gaul bersama nasi goreng.
potong sedikit sayur kangkung masukkan sebagai penambah selera.
goreng nasik hingga sayur kangkung nampak layu dan nasi goreng nampak garing...
Masukkan kedalam pinggan tabur bawang goreng dan daun bawang.hiris sedikit timun sebagai ulam.

Sedia untuk di hidang.

sebarang komen di alu-alukan..

SUP KETAM

Bahan-bahan
  1. Ketam
  2. 1 cm halia
  3. 3 ulas merah
  4. 2 btg serai
  5. 3 ulas bawang putih
  6. daun sup
  7. daun bawang
Potong ketam menjadi 2 bahagian,
halia bawang putih bawang merah di tumbuk masuk kan kedalam periuk rebus bersama ketam,masukkan 2 btg serai setelah mendidih masukkan daun sup dan daun bawang. ini adalah resepi mudah dan sangat sesuai untuk mengubati demam denggi.

Selamat mencuba...

Wanie

KEK BATIK MERRIE



Bahan-Bahan
1. 1/2 bar buttercup
2. 4 biji telur gred D
3. 1/2 cawan susu pekat manis
4. 1/2 cawan nestum (original)
5. 1/2 cawan milo
6. 1/2 cawan air
7. 1/2 cawan gula(kalo xske manis kurgkn)
8. 3 sudu cocoa powder 9. biskut meri

Cara-Cara
1.panaskn butter dan gula dengan api yg perlahan dan tunggu sampi cair.
2.masukkan telur satu persatu.kacau biar betul2 hancur.
3. masukkan air, milo, nestum, susu pekat, gula dan cocoa powder. kaca biar sebati.
4. biarkan adunan td di atas api seketika.
5. angkat dan masukkan biskut meri dan gaul.
6.lepas tue tekan adunan td dlm loyang or bekas..
7. pastu boley mkn terus atau kalo nk lg sodapp taruk dlm peti ais.. selamat mencuba!!!! ..

KERABU IKAN PANGGANG

KERABU IKAN PANGGANG

Kerabu Ikan Panggang

Bahan - bahan
 6 ekor ikan kembung - dipanggang
 2 biji mangga muda - dicincang
 1 batang bunga kantan
 3 biji limau nipis
 2 helai daun pudina - untuk hiasan
 2 sudu kecil kicap cair
 sedikit kacang tanah - digoreng & ditumbuk
 garam dan gula pasir
Bahan dihiris :
 1 batang bunga kantan
 3 batang serai
 2 biji cili merah
 5 biji cili hijau
 2 biji tomato
Cara membuatnya
1. gaulkan isi ikan dengan bahan - bahan yang telah dihiris.
2. campurkan kicap, gula pasir dan garam.
3. perahkan air asam limau nipis dan taburkan kacang goreng di atasnya. hiaskan dengan daun
pudina

Popular Posts

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts