MY FOLLOWERS

Friday, January 28, 2011

SUP KETAM MAMPU UBATI DENGGI

Salam semua,

Ini hasil dari pengalaman saya sendiri, doktor suspek anak saya kena denggi setelah hasil ujian darah menunjukkan platelet darahnya menurun secara mendadak dan di sarankan menjalani ujian darah setiap hari.
Setelah saya cuba masak sup ketam dan beri anak saya minum, hasilnya sangatlah cepat dan keesokkan harinya platelet darah anak saya kembali normal.Saya cuma masak sup yang agak ringkas dan tidak perlu banyak bahan supaya rasa ketamnya tidak terjejas. sesiapa berminat untuk mengetahui resepinya silalah lawati blog resepi saya di http://wanieresepi.blogspot.com/ .Semoga tips ringkas ini dapat membantu anda menghadapi masalah denggi.

FAKTA BERKENAAN PENYAKIT DENGGI

Secara saintifik tiada ubat atau vaksin untuk demam denggi. Namun kita perlu percaya setiap penyakit itu ada ubatnya melainkan mati. Jadi, saya menyarankan kepada sesiapa yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti demam ini untuk mencuba sup ketam. Ianya terbukti berkesan dan amat cepat kesannya. Selepas sahaja memakan isi ketam, lidah pesakit akan kembali normal (tidak pahit), menyebabkan pesakit kembali berselera untuk makan. Teruskan terapi (makan dan hirup sup ketam) ini untuk beberapa hidangan, hasilnya amat menakjubkan sekali. Disamping itu pastikan pesakit banyak minum air masak serta diselang-seli dengan air isotonic (contoh: 100plus), kerana ia juga akan kembalikan air dalam badan dan menutralkan toksik dalam darah.
Jika pesakit dalam rawatan di hospital, dah tentu berbotol-botol air akan dimasukkan ke dalam badan, disamping ubat untuk kawalan dan bukan ubat untuk denggi. Jadi, bagi pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital pun disarankan untuk mengambil hidangan sup ketam ini.

Wanie
28/01/2011

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts