MY FOLLOWERS

Wednesday, March 16, 2011

7 KESAN RADIASI NUKLEAR PADA TUBUH BADAN MANUSIA

Kerajaan Jepun kini menetapkan keadaan siap sedia jika berlaku kebocoran radioaktif pada lima reaktor nuklear di dua lokasi. Tiga ribu warga Jepun tinggal di sekitar reaktor nuklear Fukushima Daiichi. Terdapat 14000 orang yang tinggal di bahagian timur laut Jepun masih di lokasi Daiichi.

Kesilapan kecil sekalipun dalam mengendalikan reaktor nuklear ia tidak boleh diterima langsung dalam industri ini. Kerajaan Malaysia perlu lebih serius untuk memikirkan soal keselamatan rakyat. Bukan soal wang ringgit untung mahu pun rugi. Bimbang dirasai apabila setelah berlaku bencana dan melibatkan institusi nuklear. Itu setelah berlaku bencana alam. 

Di Perancis, tiada dilanda bencana alam sekalipun, bertapa canggih reaktor milik mereka dan pengalaman yang mereka miliki tetapi masih berlaku 100 kebocoran kecil setahun.


Menurut John R. Cooper di dalam bukunya; Radioactive Releases in the Environment : Impact and Assessment, beberapa industri moden terutama yang membabitkan penghasilan tenaga dan perubatan, mempunyai potensi pembebasan sisa bahan radioaktif ke persekitaran yang sangat tinggi berbanding industri lain.

Keadaan ini mengambil kira faktor produk yang kebanyakannya perlu melalui proses radiasi selain sifat semula jadi bahan utama yang membahayakan. Kita terdedah kepada bahaya bahan radioaktif setiap hari namun kesannya yang tidak ketara pada tempoh permulaan tidak memberi peluang kepada pencegahan dan rawatan awal.

Mungkin kita tidak sedar ketika berdepan dan menggunakan produk berasaskan bahan yang dikategorikan sebagai radioaktif, malah kita juga mungkin tidak pernah tahu, bahan radioaktif ini digunakan sebagai salah satu bahan utama.

Ada banyak produk yang mengandungi bahan radioaktif seperti jangka suhu, bateri, minyak berplumbum, tali pinggang dan bahan kosmetik seperti krim muka.

Menurut laman web atomicarchive.com, terdapat tujuh kesan yang berbahaya bila tubuh manusia terkena bocoran radioaktif.

1. Rambut: rambut akan menghilang dengan cepat bila terkena radiasi 200 Rems atau lebih. Rems merupakan unit bagi kekuatan radioaktif.

2. Otak: sel-sel otak tidak akan rosak secara langsung kecuali terkena radiasi berkekuatan 5000 Rems atau lebih. Begitu juga dengan jantung, radiasi membunuh sel-sel saraf dan pembuluh darah dan dapat menyebabkan kejang dan kematian serta merta.

3. Kelenjar tiroid: kelenjar tiroid sangat terdedah terhadap iodin radioaktif. Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif dapat merosakkan sebahagian atau seluruh bagian tiroid.

4. Sistem Peredaran Darah: ketika seseorang terkena radiasi sekitar 100 Rems, jumlah limfosit darah akan berkurang. Gejala awal ialah seperti penyakit flu. Menurut maklumat kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan mungkin menghadapi risiko jangka panjang seperti leukimia dan limfoma.
5. Jantung: apbila terkena radiasi berkekuatan 1000 hingga 5000 Rems akan mengakibatkan kerosakan pada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung berfungsi.

6. Saluran Pencernaan: radiasi dengan kekuatan 200 Rems akan menyebabkan kerosakan pada lapisan saluran usus, menyebabkan mual, muntah.

7. Saluran peranakan: saluran peranakan akan rosak dengan kekuatan di bawah 200 Rems. Dalam jangka panjang, mangsa yang terdedah akan mengalami kemandulan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts