Maka tidak hairanlah jika ramai artis terkenal turut menjadi model bagi iklan-iklan produk di TV, radio, majalah dan surat khabar.
Bayangkan jika seorang artis yang sangat terkenal hari ini seperti Lisa Surihani tiba-tiba memakai tudung sepanjang masa? Mungkin ramai yang bakal mengikuti penghijrahannya. Apapun, pilihan di tangan kita.
Kelmarin penyanyi Ramlah Ram muncul dengan penampilan bertudung ketika menjadi artis undangan pada Separuh Akhir Muzik Muzik 25 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Alhamdulillah.
Kami ingin mengucapkan tahniah atas penghijrahan yang telah dilakukan oleh beliau.
"Saya rasa inilah imej yang sesuai dengan usia sekarang. Lagi pula saya rasa tenang selepas bertudung ini. Dari segi rezeki pula, saya hanya serahkan kepada Allah. Saya yakin saya masih boleh mencari rezeki dengan penampilan sebegini," katanya.
MStar melaporkan bahawa hajat Ramlah Ram untuk bertudung sudah lama, tapi mungkin ketika itu beliau belum bersedia sepenuhnya. Pada awalnya beliau cuba pakai tudung ketika keluar tetapi tidak selalu.
Beliau secara rasminya bertudung beberapa minggu lalu dan sudah beberapa persembahan beliau muncul dengan penampilan baru ini.
Kami doakan Ramlah Ram terus istiqamah dengan perubahan ini dan harap-harap penghijrahannya dapat dicontohi artis-artis lain dan para peminat.
Peringatan daripada Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud :
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (Surah An-Nur, 31)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab, 59)
No comments:
Post a Comment